Saiz nya kecil, siap boleh bawak masuk bekas bekal makanan. Yang penting rasanya sedap dan harga nya berpatutan. RM1 setiap satu kotak, tapi kena beli 16 kotak baru dapat diskaun tu. Dan pastikan anda tuntut sekali diskaun caj penghantaran.
Mana Paling Murah?
Kami nak mudahkan kerja anda untuk cari mana yang paling murah dan berbaloi..
1 Jul 2023
2 Jun 2023
Peti sejuk Inverter paling murah online
Baru-baru ni peti sejuk saya yang berumur hampir 7 tahun pintu dia rosak pulak. Masih sejuk tapi pintu tak boleh tutup rapat. Terpaksa la beli yang naru kan.
Prinsip membeli online saya kalau barang elekrtik yang besar2 atau mahal, saya akan order melalui Lazada berbanding platform lain, kerana saya sgt yakin dgn customer service Lazada, kalau barang rosak atau kena scam, saya akan mintak refund je. Dan setakat ni ok je. Dari beli TV 55", laptop, mesin basuh, aircond memang saya order kat Lazada. Nak bandingkan harga pun senang.
Ok berbalik kepada peti sejuk ni, nak survey harga murah ni dia tricky sikit sebab ada setengah kedai dia letak harga murah pada barang tapi dia punye delivery charge bapak mahal sampai ratus-ratus, jadi kena semak betul-betul sebelum checkout.
Ok baik lah, cari punye cari maka jumpalah peti sejuk ni, harga dia memang murah, cuma kos penghantaran dia keras sikit, tapi bila banding dgn kedai lain, dia masih murah.
Dan ingat ye, kalu membeli peti sejuk mesti cari yang Inverter, untuk jimat elektrik. Ye lah peti sejuk ni kan ON sentiasa mana pernah off kan.
Maka saya pilih yang ini.
Update 9/6/2023. Ni pun ok
3 Ogo 2017
Tape Pelekat Serbaguna
21 Jul 2017
Panduan Beli/Tukar Tayar Kereta
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
Contoh 205/65/R1594H
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
Tercatat Di Sisi Tayar.
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.
27 Dis 2016
RM659 - Treadmill Elektrik Murah
Sebelum ini saya ada post mengenai treadmill paling murah. Tapi ianya tanpa berkuasa elektrik. Nak lari atas treadmill tu pun kurang rasa seronok.
Kali ini saya hendak memperkenalkan treadmill yang berkuasa elektrik. Harga sangat murah iaitu RM659 ketika post ini ditulis. Kalau nak dibandingkan dengan treadmill yang dijual di kedai peralatan sukan harga harganya RM beribu-ribu, Belasan ribu pun ada.
Saya rasa ini adalah antara benda yang paling berbaloi saya beli. Isteri saya sangat sukakannya. Boleh jogging setiap hari tanpa kira masa atau cuaca di luar sana.. Hehe.
Cuma ada sedikit kekurangannya, iaitu saiz kelebaran trek larian sempit sedikit kalau dibandingkan dengan treadmill yang mahal-mahal di pasaran. Kelebaran trek adalah sekitar 1 kaki, atau lebih tepat lagi 31cm. Dan bila lari laju di atasnya, ada bunyi hentakan sedikit. Tapi ini semua sangat minor dan tidak mengganggu fungsi treadmill ini.
Saksikan video di bawah.
25 Dis 2016
Almari baju paling murah
23 Dis 2016
Mesin tekanan darah paling murah (Arm type)
Yang ni memang saya dah beli. Berbaloi. Rasa pun macam berkualiti. Boleh pakai bateri (4 biji bateri AAA) atau micro USB power cable.
Kepada anak-anak, saya sangat menyarankan beli satu untuk ibu bapa anda. Demi kesihatan mereka jugak.
![]() |
| USB cable dan plug tu kena beli sesndiri. Saya beli murah je, harga RM2 satu. |
![]() |
| Boleh juga pakai 4 biji bateri AAA |

.jpeg)













